1. Dokumen Asal
Dokumen asal yang perlu dibawa ke pusat temuduga ialah:
- Kad Pengenalan
- Sijil Kelahiran
- Sijil Kewarganegaraan (jika berkaitan)
- Sijil Berhenti Sekolah
- Sijil SPM Asal
- Sijil STPM Asal
- Ijazah Sarjana Muda Asal
- Transkrip Ijazah Sarjana Muda Asal
- Surat Pengiktirafan Kelayakan JPA
- Sijil / Surat Keterangan Koko (Tingkatan 4 hingga ke universiti)
- Dokumen-dokumen lain yang berkaitan
Kesemua dokumen hendaklah disusun seperti senarai diatas dan dimasukkan ke dalam fail yang berbentuk "CLEAR FOLDER".
2. Salinan Fotostat
- Salinan fotostat ialah mengikut salinan asal yang telah disenaraikan dan disusun mengikut urutan
- Kesemua salinan dokumen yang telah difotostat juga hendaklah disahkan oleh pihak-pihak yang dibenarkan seperti: Penghulu, Ketua Kampung, ketua balai, guru besar, pengetua sekolah atau pegawai kerajaan Bahagian 1 seperti pensyarahmaktab dan guru-guru berijazah.
- Tidak perlu dibinding
- Staple dibahagian atas sebelah kiri (satu staple sudah mencukupi)
3.Borang Maklumat Diri Calon
- Apabila anda dipanggil untuk ditemuduga bersama anda akan dilampirkan borang maklumat diri calon.
- Sila isi selengkapnya dan menggunakan tulis yang jelas serta kemas.
- Pastikan semua ruang diisi selengkapnya (Borang ini hanya mengandungi 1 muka surat)
*Susunan dokumen, sijil kepujian dekan sebaiknya diletakkan selepas transkrip. Resume dikepilkan pada susunan yang terkahir.Sijil koko boleh disusun dengan meletakkan susunan bermula dari universiti sehingga tingkatan 4.
*Semoga berjaya kawan-kawan. Ni je tips yang olyne dapat kongsi dan kesemua tips ini pun diambil daripada pelbagai sumber.
No comments:
Post a Comment