Monday 29 June 2015

miss my hubby so much

baby gary 1 month

mummy n daddy hantar gary p check 1 month

love...my sweet heart n my hero...
gary n daddy

muah3...love u so much

Monday 22 June 2015

HALLO 2015

Allo all...lamanya olyne tak updated blog..banyak kekangan ..banyak kerja sbb dh busy dengan life baru..from single to taken skrg..ha2..dr berdua terus bertiga dan bakal berempat pula selepas ni...Kerjaya  sebagai guru genap 2 tahun untuk tahun ini.Baby olyne pun dh genap 1 tahun lebih..hasil perkongsian hidup bersama hubby yang suatu asa dulu pernah menjadi kawan dan kekasih..suatu masa dulu kami pernah diuji untuk berpisah..selama empat tahun berada di rantauan orang, menimba ilmu untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan segulung ijazah buat keluarga, sanak saudara dan diri. Tika itu saya pergi dengan hati yang kecewa dan membawa diri kerana memikirkan encik suami bukanlah jodoh saya dan mungkin kami tidak ditakdirkan bersama kerana hidupnya dikongsi kali pertama bersama orang lain. Tika itu saya redha, andai itu takdirnya saya terima.Belajar melupakan kenangan lalu dan berusaha menerima kenyataan bahawa takdir dan jodoh itu bukan milik saya dan dia.Dipendekkan cerita kata orang jodoh itu tidak kemana. Kalau dia jodoh kita walau kemana pun kita pergi kemana pun kita lari lambat atau cepat dia tetap menjadi hak milik kita.. Langsung tidak pernah terniat untuk mengambil hak milik orang. Ternyata aq bukan yang pertama.Kembali semuala ke tanah air aq ditemukan semula dengan si dia. Tapi dalam keadaan si dia sudah tidak berpunya. Ikatan yang dijalin bersama orang lain tidak kekal. Aq redha. Perginya aq izinkan , kembalinya aq terima. Walau ku tahu aq bukan lagi yang pertama. Ternyata hadirnya semula dalam hidup ku disalah tafsirkan. Aq dituduh sebagai perosak perhubungan. Tika itu hatiku hanya Tuhan yang tahu. Dituduh dengan pelbagai tohmahan aq redha. Hanya doa yang aq pohon dari Tuhan. Andai dia jodoh ku satukanlah kami tapi andai dia bukan jodoh ku pisahkan lh kami dan pudarkanlah rasa cinta yang ada dalam hati ku ketika itu. Ternyata takdir dan kuasa Tuhan itu melebihi segalanya. Aq dan dia disatukan walaupun tanpa majlis perkahwinan yang besar-besaran. Betul kata orang apa yang kita impikan tidak semestinya menjadi kenyataan. Pelbagai rintangan aq tempuhi. Aq menerima dia dalam hidup kerna sepanjang berbulan2 dalam doa ku tiap malam moga Tuhan bukakan pintu hati ku menunjukan jalan pada ku siapa jodoh ku sebenarnya. Ternyata encik suami hadir dalam mimpi selama berbulan-bulan.Sekali lagi aq berdoa andai benar dia jodoh ku permudahkanlah jalan kami. Maka pintu hati orang tua kami terbuka untuk merestui. Proses angkat sumpah dan menandatangani sijil pernikahan berlangsung dengan disaksikan oleh ahli keluarga dan orang tua. Maka tika itu bermulalah kehidupan kami sebagai pasangan suami isteri.
                Pelbagai pahit getir ynag aq lalui akhirnya kmi dikurniakan cahaya mata. seorang wira yang akan bakal menjadi pewaris kami dunia dan akhirat. Tarikh 03/03/2013 menjadi saksi ikatan kami terjalin dan menjadi suami isteri yang sah.Manakala 05/02/2015 menjadi saksi kami menerima cahaya mata. Kelahiran anak kedunia sangat mengharukan dan kenangan yang sangat indah. Encik suami menemani ku diwad bersalin selama berjam-jam menahan kesakitan. Lebih indah apabila encik suami menyaksikan sendiri anak nya lahir kedunia. Linangan air mata menemani kegembiraan kami. Encik suami sendiri menjadi orang pertama menyambut kelahiran anaknya kedua. Tika itu semua kesakitan hilang sekelip mata. Tiada perasaan yang lebih indah dari melihat anak sendiri lahir kedua. Terima encik suami. Love u so much hingga akhir hayat ku.

P/S:Nanti olyne sambung lgi..Cukuplah untuk update kali ini.Doakanlah jodoh kami panjang hingga ke ahkir hayat.amen

Saturday 30 November 2013

Tip mendidik anak agar pintar



Berikut adalah cara untuk mendorong pengembangan pembelajaran awal untuk bayi Anda:

1. Ajak bayi anda keluar dan melihat-lihat lingkungan di luar rumah. Saat Anda membawa bayi untuk melihat bunga, burung dan mobil dan mengucapkan kata-kata dari benda-benda tersebut maka bayi Anda akan belajar hal-hal ini, serta menjadi lebih waspada dan sadar akan lingkungannya.

2. Bawa bayi ke mana-mana. Dia bisa bertemu orang-orang, melihat dunia dan menonton orang lain bukan hanya menatap ruangan sendiri setiap hari. Pengalaman ini bisa sangat merangsang mental baginya dan orang-orang akan membantu dia mengembangkan sosialnya. Lakukan hal-hal dengan bayi yang biasanya Anda lakukan. Biarkan dia melihat Anda menyikat gigi, rambut dan berpakaian. Meskipun butuh waktu lebih lama bagi Anda untuk melakukan tugas-tugas sederhana, bayi akan belajar dan menonton semua yang Anda lakukan. Hal ini membuat mengajarinya lebih mudah dan lebih cepat.

3. Hindari menonton TV. Beberapa orang tua membiarkan bayi mereka di depan TV karena mereka terlalu lelah atau malas untuk berinteraksi dengan mereka. Jika bayi Anda menonton TV sebaiknya orangtua menemani sehingga Anda dapat memandu dan berinteraksi dengan bayi Anda hal ini akan membantu minat bayi dalam belajar.

4. Dengarkan musik , bernyanyi dan menari dengan bayi. Bayi sangat senang dengan music atau bunyi-bunyian, tempo upbeat dan gaya energik membuat suasana hati bayi Anda menjadi senang, serta merangsang pikirannya.

5. Biarkan orang lain menggendong bayi Anda. Selama orang tersebut baik, melakukan hal ini akan membantu bayi Anda belajar tentang individualitas. Bayi tidak memiliki prasangka, penilaian atau kekhawatiran mengenai apakah seseorang gemuk atau kurus, baik atau tidak. Biarkan orang memegang bayi Anda dan dia akan belajar tentang karakteristik manusia.

6. Tetap bahagia, walaupun Anda lagi ada masalah. Karena bayi bias menangkap energi Anda. Jika Anda berada dalam suasana hati yang buruk, sedih, kesal atau marah, bayi juga akan menjadi tertekan. Selalu tersenyum dan membuat bayi Anda merasa baik. Suasana bahagia membuat bayi lebih cerdas.

7. Merangsang dengan mainan . Tentu saja setiap bayi mencintai mainan. Pilihlah mainan yang merangsang pikiran mereka. Anda juga bisa bermain dengan bayi Anda dengan membuat terowongan untuk merangkak dan keluar dari selimut, bermain cilukba, bermain walker dan ide-ide lain yang Anda buat sendiri akan merangsang bayi Anda.

8. Perkenalkan bayi Anda lebih dari satu bahasa. Anda mungkin berpikir itu akan membingungkan bayi Anda, padahal sebenarnya ini adalah waktu terbaik untuk membuat anak Anda mengenal banyak bahasa.

-olyneroses-

Resepi Serunding Halia

morning all...nampaknya pagi ni cerah dan ceria. Hari ni nak buat serunding halia..Awak semua pernah cuba tak? Resepinya simple je.


Bahan-bahan:

  1. Halia (diparut menggunakan pemarut)
  2. Minyak masak (secukupnya)
  3. Ikan Bilis ( secukupnya)
  4. Perasa (Ajinomoto & Garam)- secukup rasa
Langkah-langkah:
  1. Bersihkan halia terlebih dahulu dan buangkan kulitnya. Kemudian parut halia tersebut menggunakan pemarut buah-buahan yang ada. Letakkan di pinggan yang berasingan.
  2. Ikan bilis jika ianya bersaiz besar belahkan bahagian badannya menjadi dua. Buang isi perut ikan bilis tersebut dan basuh.Letakkan di pinggan yang berasingan juga.
  3. Panaskan minyak masak, masukkan halia yang telah diparut tadi. Goreng sehingga ranggup.Kemudian angkatkan halia yang telah digoreng tadi dan letakka di atas pinggan yang dilapik menggunakan tisu untuk membuang sedikit minyak yang ada pada halia goreng tersebut.Kemudian gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat ikan bilis tersebut dan gaulkan bersama halia yang telah digoreng tadi. Letakkan sedikit ajinomoto dan garam secukup rasa.
  4. Anda  boleh dihidangkan dipinggan atau letakkan ke dalam bekas makanan untuk disimpan kerana serunding halia adalah makanan yang boleh tahan lama dan dimakan pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, ia adalah makanan yang sangat baik untuk kesihatan bagi menghilangkan angin di badan.

he2, selamat mencuba kawan-kawan. Resepi olyne ni mudah je dan senang dibuat. Jumpa lagi nanti.

Friday 29 November 2013

My baby


Macam ni baby olyne untuk minggu ni...27 weeks pregnant. 28/11/2013 g check up dengan husband olyne tp sian daddy baby tak dapat tengok sebab tak ikut masuk..Mummy x bagi, sebab bukan scan pun cuma just check up biasa dengar denyut jantung baby. Tak pa nanti kalau ada rezeki masa mummy jumpa doktor n buat scanning skali lagi mummy bawa daddy. Biar daddy tengok keadaan baby itupun kalau daddy tak sibuk baby. Tak apa mummy faham, daddy kan keja mesti sibuk sayang. Mummy sentiasa ada disamping baby.

Indahnya hidup

"waiting for my baby coming soon 2014"

halllo..lama rasanya olyne tak update blog ni. ni pun bru teringat balik pasword, tambahan pula terlalu sibuk dengan kerjaya dan tugas sebagai seorang isteri. Cuti sekolah inilah masa untuk berehat sepuas-puasnya tetapi bagi yang dah terbiasa kerja macam olyne mesti rasa bosan sangat-sangatkan sebab kita dah terbiasa buat kerja. Tapi syukur sangat-sangat sebab masa cuti ini jugalah olyne boleh bawa baby berehat. Kalau tak hari-hari baby ikut mummy masuk kelas, turun naik tangga..he3, belum melihat dunia lagi awal2 baby dah ikut mummy mengajar. Tapi terima kasih sangat-sangat sebab tak pernah menyusahkan mummy, walaupun kehadiran baby dah terasa mummy rasa syukur sangat-sangat sebab mummy tak ada alahan, ataupun apa-apa yang membuatkan mummy merasa tidak selesa sepanjang kehadiran baby. Cuma sekarang ni baby dah aktif sangat2, tapi mummy suak sangat2, terharu, sebak dan bangga sebab mummy tahu itu tandanya baby sihat. Mummy tengah taip blog ni pun baby tengah rehat dan duduk diam-diamkan..Mummy dan daddy sayang baby sangat-sangat. Kehadiran baby melengkapkan hidup mummy menjadi seorang wanita, isteri dan bakal menjadi ibu. Kehadiran babby juga banyak mengajar mummy erti hidup dan menjadi lebih dewasa.

         Semenjak ada baby mummy tak lah terasa sunyi sangat sebab mummy tahu baby sentiasa menemani mummy selama tempoh 9 bulan yang kita sedang lalui. Apa yang mummy lalui semua baby turut rasai. Mummy harap baby akan menjadi setabah mummy, belajar menjadi anak yang baik, menghargai, mendengar kata, dan segala yang membuat hati mummy menjadi sejuk. Menjadi anak yang pintar dan boleh jaga mummy dan daddy suatu hari nanti. Sepanjang mengandungkan baby berat badan mummy akan naik setiap 2kg setiap bulan. Mula-mula mummy risau juga tapi bila teringatkan baby, rasa risau itu hilang sebab mummy fikir biarlah berat badan mummy naik janji baby sihat. Tapikan baby bila mummy stress kadang-kadang berat badan mummy boleh menurun secara mendadak sehingga 2 kg juga.Maafkan mummy, kadang-kadang emosi tak terkawal. Untuk setiap doa sepanjang malam mummy, mummy mendoakan baby dan daddy baik-baik saja. Mummy tak sabar menunggu kehadiran baby, buah hati mummy dan harta mummy dunia dan akhirat.

Sunday 24 February 2013

Cara Menangani Stress

Entry kali ni olyn nak bincang mengenai stress ataupun tekanan. Secara amnya, stress memang ada dimana-mana tanpa mengira peringkat umur mahupun tempat. Kadang-kadang tekanan yang keterlaluan dalam kehidupan seseorang akan membawa padah. Oleh itu, setiap individu mempunyai cara yang tersendiri untuk menguruskan stress atau tekanan masing-masing. Berikut adalah tips-tips yang saya amalkan sekiranya saya stress. He3..just enjoy with it:

1. Berfikiran positif


    Bagi mengelakkan diri memikirkan perkara yang tidak berfaedah atau membebankan perasaan dan pemikiran kebiasaannya olyn akan mula berfikir secara positif. Iaitu olyn akan selalu menganggap bahawa masalah yang datang dan menjadikan diri kita tertekan sebagai cabaran dan rencah dalam kehidupan. Bagi olyn manusia mana yang tidak ditimpa masalah dan mengalami tekanan. Perkara ini bergantung kepada diri setiap individu bagaimanakah cara untuk menangani stress masing-masing. Sebolehnya apabila menghadapi tekanan olyn akan berfikir secara positif bahawa kita di uji kerana Tuhan sayangkan kita dan Tuhan tahu kita mampu menghadapinya oleh kita diuji. Kita juga harus berfikiran positif dan memikirkan bahawa stress adalah suatu keperluan hidup untuk kita meningkatkan kualiti kehidupan.

2. Sentiasa Mengingati Tuhan 

   Mengingati Tuhan juga adalah merupakan salah satu cara untuk olyn mengatasi stress. Bagi olyn hanya Tuhan sahaja yang punya kuasa untuk menentukan takdir hidup manusia. Namun sebagai manusia kita seharusnya berusaha untuk menghadapi segala ujian yang mendatang dengan kental. Jadilah seteguh karang. Nun jauh rendah di dasar lautan namun jiwa kentalnya sekental gunung di daratan.

3. Sedia berkongsi masalah 

Bersedia berkongsi masalah dengan mana-mana individu yang kita percayai mampu mengurangkan tekanan dalam hidup. Sekurang-kurangnya bila kita telah meluahkan perasaan dan berkongsi masalah dengan orang lain perasaan kita kan menjadi lebih tenang dan lega. Biasanya olyn akan merasa lebih tenang dan mendamaikan kerana keluahan telah diluahkan sepenuhnya. Namun berhati-hati, pilih individu yang boleh dipercayai.

4. Terima kelebihan dan kekurangan diri

Kebiasaannya, kita akan tertekan atau mengalami stress bila orang lain mengungkit kekurangan kita.Namun bagi olyn apa salahnya jika kita menerima kekurangan diri dan kritikan yang diterima dijadikan sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri. Terimalah juga kelebihan itu sebagai penghargaan kepada diri sendiri. Berdasarkan cara ini sekurang-kurangnya kita tahu bahawa setiap apa yang berlaku adalah bersebab.

5.Ketawa dan berseronoklah

Jika anda mengalami stress jangan sesekali menyisihkan diri daripada rakan-rakan mahupun orang lain.Cuba lah cari sesuatu yang boleh melegakan hati. Berseronoklah dan bergelak tawalah. Sesungguhnya ketawa adalah terapi bagi meregangkan urat2, otot2 dan saraf2 kita. Ia secara tidak langsung akan memberi cas positif dalam diri kita kerana kita tidak akan merasakan tertekan. Bila saja merasakan tertekan olyn akan mencari video2 atau apa sahaja bahan yang mempunyai unsur humor.

6.Senyum

Senyum akan secara tidak langsung memberi hiasan pada raut wajah.Orang akan turut tersenyum melihat kita senyum. Ini kerana senyum adalah salah satu bentuk komunikasi tanpa suara setiap individu dengan individu yang lain. 

7.Bergaul dengan individu yang positif

Bergaul dengan individu yang positif akan menjadikan diri kita lebih bermotivasi. Ini kerana cas positif tersebut akan berpindah secara tidak langsung kepada kita.Persekitaran kita juga turut positif.

Secara keseluruhannya, inilah tips yang olyn amalkan bermula dari zaman persekolahan, zaman menjadi pelajar universiti, dan sehingga sekarang. Stakat ini, semua tips ini menjadi bagi olyn. Pembaca semua bolehlah mencuba. SELAMAT MENCUBA. 

Pesanan dari olyn: 
"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."

"KATAKAN OK PADA SETIAP PERMASALAHAN."