Monday 18 February 2013

....Mengapa anda berkahwin....

Sesungguhnya perkahwinan itu adalah anugerah Tuhan. Cinta itu juga adalah anugerah, Pasangan itu juga sesungguhnya anugerah Tuhan. Terima lah dia seadanya, cintailah dia seadanya, sayangi dan jagalah dia sepenuh hati mu. Setiap perkahwinan adalah fasa baru bagi hidup kedua-dua pasangan memulakan hidup baru. Memiliki sesuatu yang halal buat diri mereka, mengeratkan serta merapatkan hubungan. Sesungguhnya bila kita memilih perkahwinan itu sebagai pilihan kita yang tepat sesungguhnya kita punya sebab mengapa kita mengahwini pasangan kita.

MENGAPA ANDA BERKAHWIN

Berkahwinlah jika itu kehendakmu namun JIKA hakikat perkahwinan adalah kerana SEKS, maka pasangan akan bertengkar sekiranya kehidupan dikamar tidur tidak memuaskan.

Berkahwinlah jika itu kehendakmu namun, JIKA hakikat perkahwinan adalah kerana HARTA, maka pasangan pasti akan berpisah sekiranya harta itu telah habis.

Berkahwinlah jika itu kehendakmu namun, JIKA hakikat perkahwinan adalah kerana KECANTIKAN, maka pasangan juga akan bakal meninggalkan antara satu sama lain kerana suatu hari nanti wajah kita akan berkedut, menjadi tua, kerepot dan tidak lagi cantik.

Maka janganlah anda berkahwin sekiranya erti perkahwinan bagi anda adalah perkahwinan keranan SEKS, HARTA dan KECANTIKAN. Sesungguhnya ketiga-tiga alasan tersebut adalah subjektif sifatnya. Manusia sesungguhnya tidaklah sesempurna mana, kerana Tuhan menciptakan manusia dengan kelebihan dan kekurangan. Berkahwinlah dengan pasangan anda kerana anda berniat menerima apa sahaja kekurangan dan kelebihannya. Ini kerana hidup kita sentiasa saling melengkapi, Tuhan juga tidak pernah menjadikan sesuatu itu tidak bersebab. Setiap apa yang berlaku juga ada hikmahnya.  Aku mencintai dan mengahwini suami ku kerana aku sedia menerima siapa dia yang sebenarnya. Kekurangan dan kelebihannya akan aku terima seadanya keranaa sesungguhnya manusia tiada yang sempurna. Tuhan jadikanlah aku isteri yang terbaik buat suamiku, jadikanlah aku suri di hati suami seadanya dan bakal ibu yang baik buat anak-anak ku. Berkatilah perkahwinan ini kerana aku mengahwini nya kerana aku menyintai dan bersedia menerima dia seadanya. Bermula dari langkah pertama aku memilih dia menjadi suami ku dan pasangan hidup ku hingga ke akhir hayat, bermula dari hari itulah aku berjanji pada diri bahawa aku sakan sentiasa ada disisi nya seumur hidupku biar susah mahupun senang. Itu janjiku, Tuhan berikanlah kekuatan kepada kami berdua untuk melayari bahtera ini sebaiknya.

"Janganlah kamu mencintai seseorang setinggi langit, kerana langit boleh runtuh. Jangan mencintai seseorang sedalam lautan kerana lautan boleh surut. Jangan mencintai seseorang sebesar dunia kerana dunia boleh hancur. Cukuplah mencintai seseorang itu sehujung kuku, walau sekecil mana, walau selalu dipotong, namun ia akan sentiasa tumbuh. Cintai takkan pernah habis kerana ia akan sentiasa ada, subur dihati."

No comments:

Post a Comment