Thursday 29 November 2012

Aku dan Perubahan (2009)

Ini adalah karya asal yang pernah roses cipta pada tahun 2009. Ketika itu roses bersama teman-teman telah mengikuti kursus etika di PULAPOL Negeri Sembilan. Banyak kenangan dan pengalaman yang dikongsi bersama.


(take from olyne5588.blogspot.com)


AKU DAN PERUBAHAN
Teman...
Dikeheningan ini,
Ingin ku coretkan sebuah kisah,
Bukan ilusi namun realiti,
Disini...
Aku mengorak langkah,
Aku menjadi riak,
Memerah minda memikirkan,
Apa yang sebenarnya yang aku inginkan,
Sepanjang etika ini,
Setelah ku lalui,
Suka duka datang silih berganti,
Suatu aura mula kurasakan,
Apakah aura itu?
Rupa-rupanya itu adalah aura,
Aura aku dan perubahan,
Setiap saat ku lalui,
Mula membuatku menjadi,
Insan yang baru,
Etika dan intergriti,
Teguh dalam diri,
Dari gentar seorang gadis,
Menjadi kental seorang wanita,
Aku belajar erti kesyukuran,
Mensyukuri pemberian Tuhan,
Dari kisah si buta mencari cinta,
Aku belajar mengenali diri,
Disebalik topeng yang penuh misteri,
Teman...
Sesungguhnya..
Luaran bukan gambaran,
Tapi dalam itu keistemewaan.

Teman...
Teladanilah kisah si belon,
Bukan warnanya jadi ukuran,
Bukan kebesarannya kita agungkan,
Bukan jua ketinggiannya kita banggakan,
Tapi...
Ingatlah wahai sahabatku,
Bila kita berada di atas,
Jangan angkuh kawanku,
Bila kita berada di bawah,
Jangan goyah sahabatku,
Teman...
Sesungguhnya aku terima banyak perubahan,
Dari kisah yang kita lalui,
Dari pengalaman yang diberi,

 Nukilan Rasa
-         olyneroses88 -

Tuesday 27 November 2012

Tanda lelaki sudah tidak mencintai kamu

Bagi wanita, bila dia telah mencintai seseorang lelaki dia akan terus mencintainya dan menyayangi tanpa menoleh atau memandang lelaki lain. Baginya lelaki yang dicintai yang berada di depan matanya adalah segalanya bagi dia. Lelaki itu juga dirasakannya dapat membahagiakan hidupnya. Namun berbeda bagi lelaki pulak. Saat wanita mula mencintai dan menyayanginya dengan sepenuh hati, mulalah ia membuat onar dan mencari yang lain. Mencari yang lebih baik dari yang ada di depan matanya. Memandang bintang yang nun jauh di sana sehingga ia lupa pada rumput yang menghiasi bumi. Namun bagi wanita yang berada di luar sana mari sekiranya ada tidak pasti apakah yang sebenarnya yang berlaku mari ikuti tanda-tanda si dia tidak mencintaimu:

Dia tidak mempedulikan anda

Sekiranya seseorang lelaki itu tidak mencintai anda dia tidak akan mempedulikan anda walau apa pun yang ada lakukan. Tiada suatu apapun yang menarik pada anda bagi dirinya. Dia akan memandang anda seperti mana dia memandang wanita lain, tiada bezanya dan tiada apa yang istemewa. (Bagi tanda seperti ini lebih baik anda lupakan saja dia dan mula memandang ke hadapan kerana lebih ramai lagi lelaki yang layak untuk memiliki cinta anda.)

Dia akan menjaga jarak ketika bersama dengan anda

Kelakuan seperti ini adalah umum berlaku kerana bagi si dia anda just are friend. Maka dia tidak mahu orang ramai yang melihat akan menganggap bahawa anda berdua adalah pasangan kekasih. Hakikatnya jika tiada orang dia akan berkelakuan seperti biasa dengan anda.(bagi yang sedang bercinta). Itu tandanya si dia mula mengambil langkah untuk mengundurkan diri daripada hidup anda. AWAS.

Si dia jarang melayani SMS anda

Tanda seperti ini harus dipandang daripada 2 posisi yang berbeza. Iaitu positif mahupun negatif. Ini kerana ada sesetengah individu tidak berminat untuk melayan sms kerana bagi mereka melayan sms  hanyalah aktiviti yang membuang masa. Selain itu, kekurangan perbelanjaan juga mungkin faktor sms anda tidak dilayan. Namun bagi si dia yang tidak mencintai anda bagi dia melayan sms anda hanyalah untuk perkara penting sahaja. Bagi yang mencintai anda, si dia akan seboleh mungkin melayan sms anda. Walau sibuk bagaimana sekalipun, dia akan melayan sms anda dan menyatakan bahawa dia masih sibuk dan akan melayan anda kemudian. Untuk individu seperti ini, akan mendatangkan perasaan positif pada pasangan kerana dia telah menyatakan sebab pada pasangan masing-masing bahawa dia sedang sibuk. Perselisihan faham juga kan jarang berlaku kerana pasangan mengetahui sebab sekiranya sms nya tidak dilayan.

Si dia tidak menuruti kehendak anda

Menyatakan bahawa  si dia tidak menyintai anda kerana dia tidak menuruti kehendak anda haruslah difikirkan secara teliti. Hal ini kerana jika dulu dia akan sentiasa menuruti kemana anda hendak pergi, menerima apa sahaja kemahuan anda tetapi kini si dia kaan memberikan seribu macam alasan kerana tidak mahu menuruti kemahuan anda. Itu tandanya si dia sedang mencara pelbagai cara untuk mengelak daripada anda. Mencari alasan untuk memulakan pergaduhan sehingga mencetuskan perpisahan. Hal yang kecil juga sering menjadi rumit bila si dia memburukkan keadaan. Situasi ini pasti melukakan anda. Namun sekiranya anda sayangkan perhubungan anda cubalah berfikir secara positif  kerana alasan si dia sudah tidak mahu menurut kemahuan kamu lagi bukanlah alasan yang baik bagi pengakhiran sebuah perhubungan.

Bagi wanita yang berada di luar sana, sekiranya si dia telah menunjukkan tanda yang menyebabkan anda merasakan bahawa si dia sudah tidak menyintai anda lagi maka mulalah membuka mata dan hati bagi insan lain yang berada diluar sana.Ini bukan mengajar anda untuk tidak setiap. Namun fahamilah bahawa lebih banyak lagi insan yang layak memiliki hati anda sekiranya si dia tidak pernah berusaha untuk menjaga perasaan anda. Jodoh itu di tangan Tuhan. Tuhan akan sentiasa memberikan yang terbaik buat anda walaupun di mana anda berada. Ini kerana bumi yang kita pijak adalah bumi yang nyata. SEKIAN.

*p/s: Segala apa yang ada pada artikel ini adalah buah fikiran roses semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah mati. Untuk percaya atau tidak itu adalah terpulang kepada diri pembaca. Kita dianugerahkan akal, maka terjemahkanlah melalui akal yang waras itu kepada diri sendiri.Apa yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

-roses-

Resepi Spaghetti Bebola Daging



wow...tiba-tiba lapar plak hari ini. He2...tadi roses baca newpapers (Utusan Sarawak 28/11/2012) dan ternampak resepi ni pulak.Jom roses kongsikan bersama semua pembaca resepi utntuk hari ini. Selamat mencuba..ermmm...sedapnya

Bahan A

1 Paket spaghetti
1 Sudu besar minyak masak
Garam secukupnya

Bahan B

1 Bawang Besar (dihiris halus)
5 Gram halia (dihiris sederhana)
1 Tin Cendawan Bulat ( dihiris kepada 3 bahagian)
1 Paket daging lembu kisar
1 Paket bebola daging
1 Tin besar pes tomato
1 Botol sos tomato
Herba oregano secukup rasa 
2 Sudu makan minyak masak
1 Ketul keju pejal

Cara-cara penyediaan Spaghetti

  1. Masukkan air kedalam periuk. Biarkan sehingga mendidih.
  2. Kemudian, masukkan satu sudu teh minyak masak dan garam.
  3. Letakkan spaghetti ke dalam periuk tersebut.
  4. Biarkan sehingga spaghetti lembut atau sehingga 5-7 minit.
  5. Toskan dan letak di atas mangkuk sederhana besar.

Cara-cara penyediaan sos Spaghetti

  1. Masukkan 2 sudu makan minyak masak ke dalam periuk. Biarkan sehingga panas.
  2. Kemudian, masukkan bawang besar dan halia. Tumis sehingga naik wangi.
  3. Letakkan bebola daging, daging lembu kisar, dan kulat bulat.Goreng sehingga masak.
  4. Masukkan satu tin pes tomato dan satu botol sos tomato.
  5. Gaulkan sehingga rata dan masak.
Selepas itu, masukkan spaghetti dan sos spaghetti. Gaul sehingga rata. Kemudian letakkan keju yang dihiris ke atas spaghetti. SEDIA DIHIDANGKAN.

-roses-

Mencintaimu


Mencintaimu menjadikan aku tak keruan. Minda penuh dengan persoalan, kepercayaan ku pertaruhkan, kasih sayang ku limpahkan, kesetiaan dan kejujuran. Namun pernahkah semua itu dihargai? Aku harap cinta dan sayang mu bukan sekadar kata-kata yang kita lafazkan saat kita mahu dan kita lupakan saat kita tidak perlukan. Jangan pernah jadikan aku persinggahan kerana cinta ku pada mu bukan sekadar lakonan. Bukan untuk diuji perasaannnya, kerana bila hati terluka ia akan benar-benar sakit dan bukan sekadar mimik muka yang dibuat. 

Janganlah kau pernah rasa rimas tatkala aku sering bertanya itu dan ini padamu. Maafkan aku jika ia membuatkan dirimu merasa tidak selesa. Bila seseorang sering menanyakan itu dan ini pada mu bukan kerana dia ingin mengongkong atau sangsi padamu, namun kerana dia ingin mengambil tahu, mengambil berat. Bila kita menyayangi seseorang kita akan merasa bahawa setiap perkara yang dilakukannya ingin kita kongsi bersama. Namun AWAS "janganlah keterlaluan hingga membuatkan si dia merasa terlalu rimas". Biarlah dia seketika, memanfaatkan masanya sendiri tanpa gangguan buat sementara. Fikirkan secara positif mungkin dia ingin menyendiri, menenangkan fikiran atau pun terlalu sibuk. Biar dia sejenak. Jangan hubunginya sehingga dia menghubungi ada. 

Namun buat sang teruna janganlah pula pernah mencabar kesabaran seseorang wanita kerana saat sabar itu hilang kesannya adalah amat menyakitkan. Begitu juga jangan pernah bangkitkan kemarahan orang yang kita sayang sekiranya kita jarang melihat mereka marah. Sesetengah individu tidak ingin terlalu marah kerana bagi mereka marah itu adalah sesuatu yang memeningkan kepala. Lebih baik banyakkan bersabar, membuat sesuatu yang mampu meredakan kemarahan diri, menenangkan fikiran dengan memikirkan sesuatu yang mengembirakan. Secara tidak langsung ia akan bertindak balas dengan kendiri positif setiap individu dan menjadikannya sesuatu yang positif. Mampu meredakan kemarahan malahan mewujudkan suasana positif pada persekitaran. Senyuman yang terukir juga bukan sekadar menyejukkan hati sendiri malah menyejukkan hati dan pandangan masyarakat yang ada di sekeliling.

Oleh itu,bagi setiap pasangan hargailah sifat yang ada pada pasangan anda. Jangan pernah menduga kerana ia akan memakan diri. Oklah, setakat ini sahaja entry roses bagi tajuk mencintaimu ini.. Buat my love love you so much..

 -olyneroses-

Monday 26 November 2012

Ada Berkat Disebalik Persoalan



Saat sekarang yg kualami
Bukan seperti yg kuingini
Kupandang sebagai saat memikul salib
Bagimu ya Tuhan

Saat semua yg kuterima
Bukan seperti yg aku pinta
Kupandang sebagai saat menyangkal diri
Bagimu ya Tuhan

Bila Kau mengijinkan 
Ku mengambil bagian
Didalam penderitaanMu Tuhan
Berarti Kau merancang
Agar ku dimuliakan
Ada berkat dibalik persoalan


Sunday 25 November 2012

.......Mawar....



Jadilah seperti bunga mawar yang dipagari duri, indah dipandang, dipuja ramai namun sedikit sahaja yang mampu mendekati. Jagalah akhlak mu seperti mawar yang dipagari duri. Hanya insan terpilih mampu memiliki. Pagaran duri yang mengelilingi, kilauan warna yang indah dan haruman aromanya yang menebar keseluruh alam sering mengusik hati sang kumbang. Hati sang kumbang menjadi goyah, tergugat kerana keindahan mawar. Namun kekaguman dihati sang kumbang terhadap mawar membuatkannya berfikir berkali-kali. "Bunga mawar itu indah, namun adakah aku mampu memilikinya?". Wahai sang kumbang janganlah engkau lupa bahawa "Engkau hanya melihat duri pada mawar itu, namun engkau lupa untuk melihat pada hujung kelopaknya titisan embun yang menitis indah"Duri itu mungkin bisa menusuk jarimu sekiranya engkau memetiknya dengan cara yang salah, namun jika engkau memetiknya dengan cara yang betul nescaya embun itu adalah ganjaran buat mu. Embun yang akan sentiasa menyejukkan hati dan mendamaikan perasaan mu." 
(*Itu pandangan Roses.He2...tiada kena mengena sama ada dengan yang hidup mahupun mati)




Roses
Roses..roses suka sangat bunga mawar. Dari dulu sampai sekarang minat pada bunga mawar ini tidak pernah luntur. Bunga mawar yang paling roses minat ialah mawar merah. Bagi roses mawar merah ialah lambang cinta sejati, lambang kesetiaan dan lambang keberanian. Selain itu, warna merah mampu memberikan semangat yang berkobar-kobar. Kata orang juga merah itu SEKSI..he3..hitam itu menawan. Apa-apa je laah..Oleh kerana minat roses pada bunga mawar sedang berkobar-kobar jom kita ikuti apakah rahsia disebalik warna bunga mawar

MAWAR MERAH
 "Love, respect, passion, well done & congratulations"

MAWAR PUTIH
"Purity, secrecy, innocence,reverence & worthiness"

MAWAR MERAH JAMBU
"Happiness, elegance, romance, admiration, sweetness & thank you"

MAWAR PEACH
"Appreciation, sincerity, gratitude & modesty"

MAWAR KUNING
" Friendship, caring, welcome, welcome back & joy"

*Ok kawan-kawan dan para pembaca semua. Untuk kali ini entry Roses setakat ini sahaja. See you at the next entry. Bye..

-JAGA DIRI HIASI PERIBADI-




Friday 23 November 2012

Apa ada pada nombor?


Hai ini adalah post pertama roses bagi blog ini. Sebenarnya roses dh ada blog satu lagi sebelum ini iaitu olyne5588.blogspot.com...hu2.Malang dh tak tau nk buka lagi sbb dh terlupa pasword. 



Percaya atau tidak? Nombor mampu membuatkan kita mengenali diri sendiri. Namun semuanya terpulang kepada anda. "Believe it or not". Tarikh lahir bukan sahaja hanya sebagai nombor atau peringatan pada sesuatu kejadian atau peristiwa namun ia juga memiliki makna tersendiri. Maka untuk mengetahui nombor lahir sendiri kita hanya perlu mencampurkan semua nombor agar menjadi nombor tunggal. 

Contoh:
6 November 1983
6 + 11 + 1983= 2000
2 + 0 + 0 + 0= 2
 Maka nombor lahir anda adalah 2


Selamat mencuba. Jom ikuti apa ada pada nombor:


KETULENAN 

  • Hadir dengan idea baru.
  • Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
  • Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
  • Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
  • Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

PENDAMAI

  • Dilahirkan sebagai diplomat.
  • Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
  • Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
  • Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;    tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
  • Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.





CERIA

  • Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
  • Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
  • Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
  • Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
  • Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
KONSERVATIF
  • Golongan ini sangat peka dan tradisional.
  • Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
  • Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
  • Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
  • Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
PERINTIS


  • Mereka adalah perintis.
  • Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
  • Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
  • Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan
ROMANTIK
  • Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
  • Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
  • Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
  • Mereka suka seni musik.
  • Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
  • Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

INTELEKTUAL

  • Golongan ini adalah Pencari.
  • Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
  • Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
  • Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
  • Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
  • Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
  • Mereka sangat suka berahsia.
  • Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
PENYELESAIAN
  • Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
  • Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
  • Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
  • Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
  • Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
PELAKON

  • Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
  • Mereka sangat penyayang dan pemurah.
  • Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
  • Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
  • Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
  • Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.