Tuesday 29 January 2013

Bila seorang wanita menangis



 
Bila seorang wanita itu menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...

Bila kamu memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Bila kamu biarkan dia pergi pergi, dia tidak akan pernah menjadi dirinya yang dulu

Selamanya seorang wanita tidak akan pernah menangis dengan mudah kecuali di depan orang yang dia sayangi...

Dia menjadi lemah, seorang wanita tidak akan pernah menangis dengan mudah kecuali jika dia sangat menyayangi mu tiada lagi rasa egonya...

Lelaki...bila seorang wanita pernah menangis kerana mu, tolong pegang tangannya dengan pengertian..dia adalah orang yang akan bersama mu sepanjang hidupmu...

Lelaki...jika seorang wanita menangis kerana mu tolong jangan persiakan dia..Mungkin kerana keputusanmu engkau akan merosakkan hidupnya..saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis kerana mu pandanglah matanya, dapatkah kau lihat dan rasakan apa yang dia rasakan?

Fikirkanlah..wanita mana lagikah yang akan menangis keranamu, menangis di depan mu, dengan penuh rasa sayang, ikhlas dan jujurnya...

Dia menangis bukan kerana lemah, dia menangis bukan kerana menagih simpati tetapi dia menangis kerana menangis di dalam hati sudah tidak mampu baginya...

Lelaki ....fikirkanlah kenapa wanita menangisi hatinya kerana mu dan semuanya kerana mu..Inilah waktunya kau melihat apa yang pernah kau lakukan padanya.

Jaga dan cintailah dia sewaktu dia takut dan sendiri, hapuskanlah air mata nya saat dia merintih dan menangis, buatlah dia tersenyum saat dia bersedih dan kecewa...

Hargailah dia kerana di saat dia pergi barulah kau sedari betapa pentingnya dia di hatimu





Mengapa wanita memerlukan lelaki?


Wanita ialah anugerah Tuhan yang amat berharga. Umpama tangan, mata, kaki, dan telinga yang diciptakan sepasang oleh Tuhan bagi menyempurnakan anggota badan manusia. Oleh itu, wanita memerlukan lelaki untuk melengkapkan hidupnya. Tetapi bukan sahaja wanita memerlukan lelaki, namun lelaki juga memerlukan wanita dalam hidupnya kerana cinta antara lelaki dan wanita itu adalah anugerah. 

MENGAPA WANITA PERLUKAN LELAKI DALAM HIDUPNYA?
Untuk suatu saat persoalan ini sering bermain difikiran...mengapa aq perlukan dia?

Sesunguhnya, Tuhan ciptakan adam dan hawa untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Oleh itu, cinta itu wujud bagi melengkapi hidup kedua-dua insan yang bergelar lelaki dan wanita. Cinta itu datang tanpa dipaksa, Cinta itu juga tidak datang kala diminta. Ia hadir tanpa kita minta, ia wujud tanpa kita sedari. Sesungguhnya cinta itu anugerah. Perkenalan yang berlangsung hanya sedetik cuma juga mampu menghadirkan rasa cinta. Kita juga tidak tahu siapakah yang akan menghuni hati kita. Cinta bagi setiap manusia juga didatangkan dengan cara dan jalan yang berbeza. Setiap manusia kisah cintanya juga berbeza. Oleh itu, sabar, berdoa dan redha adalah jalan yang terbaik. Ini kerana lelaki yang baik tidak semestinya datang dalam keadaan yang sempurna pada mata. Tetapi lelaki yang baik ialah lelaki yang Tuhan temukan dengan kita untuk menjaga dan menemani kita sepanjang hayat, membimbing, mendidik, berkongsi segala suka dan duka, ada saat kita perlukan, dan memberikan zuriat yang halal pada kita. Zuriat yang boleh kita banggakan pada suatu hari nanti. Lambat atau cepat Tuhan tetap akan temukan kita dengan lelaki yang berhak kerana Tuhan lebih tahu apa yang terbaik dalam hidup kita. Tuhan sering menjadikan sesuatu perkara itu berlaku dengan bersebab.

MENGAPA WANITA PERLUKAN LELAKI DALAM HIDUPNYA?
Sesungguhnya, kehadiran seorang lelaki dalam hidup seorang wanita umpama manusia kudung yang diberikan semuala kakinya. Ia menyempurnakan hidup kita. Tanpa lelaki hidup sebagai seorang wanita adalah tidak sempurna. Ini kerana setelah melalui fasa hidup sebagai bayi, kanak-kanak, remaja, gadis, wanita dan isteri, lelaki adalah pelengkap hidup kita. Akhir hidup seorang wanita ialah kita akan sempurna setelah menjadi ibu. Sesungguhnya, lelaki itu lah yang melengkapkan hidup seorang wanita. Oleh itu, wanita memerlukan lelaki kerana benih seorang lelaki kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu dan melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki juga kita ditiupkan  jiwa untuk menjadi manusia dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, seperti mana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

MENGAPA WANITA PERLUKAN LELAKI DALAM HIDUPNYA?
Kerana Tuhan menciptakan wanita dari lengkungan rusuk kiri seorang lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki dan tidak terlalu lemah sehingga tersungkur menyembah kaki. Cinta itu anugerah dan ciptaan Tuhan itu indah. Wanita terbit dari rusuk kiri lelaki, buka dekat kepala untuk dijunjung, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi TETAPI DEKAT DENGAN HATI UNTUK DIMULIA, DISAYANGI DAN DICINTAI.

MENGAPA WANITA PERLUKAN LELAKI DALAM HIDUPNYA?
Hidup ini umpama proses sains yang dikenali sebagai simbiosis,..Iaitu saling kebergantungan hidup antara dua pihak. Sesungguhnya, wanita perlukan lelaki untuk melengkapi segala kekurangan hidupnya. Begitu juga lelaki, tanpa wanita hidup lelaki tidak sempurna. Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisiran disepanjang perjalanannya. Hidup kita sering diserahkan kepada lelaki untuk dilindungi, maka kita tidak akan mahu menjadi angin semata-matanya buat selamanya.Kita mahu terus bersama-sama menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mata.Kita mahu bahagia dalam dakapannya, ketawa dan sedih bersama. Kita mahu melengkapi hidupnya dan juga hidup kita. Biarlah hidup dan mati kita bersama. 

Moga Tuhan Temukan Kita Dengan Jodoh Yang Hakiki, "Walau siapa pun dia aku redha."



Tuesday 22 January 2013

Tuhan Ku Cinta Dia


Tuhan..tolong lembutkan hati dia, utnutk terima ku seadanya. Kerana ku tak sanggup kerana ku tak mampu hidup tanpa dia di sisiku.Andai dia jodoh ku permudahkanlah urusan kami untuk menjalinkan ikatan suci ini Tuhan. Walau apa pun yang berlaku aku memang telah nekad untuk hidup bersamanya. Walau apa pun rintangan yang bakal menimpa aq berjanji pada diri bahawa aq akan menempuhinya dengan hati yang sabar dan tabah. Sesungguhnya baik atau buruk diri nya biarlah aq terima seadanya. Aq hanya inginkan hubungan yang suci dan ikatan yang halal. Tuhan...kau berikanlah apa yang terbaik untuk ku.Puas sudah ku memikirkan hal ini dan memikirkan keputusan ku.Moga setiap langkah dan perjalanan dalam hidup ku di iringi oleh doa mu Tuhan.

Wednesday 9 January 2013

Welcome To 2013

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Tahun baru 2013 juga telah menjelang tiba. Moga pada tahun ini akan menjadi lebih baik daripada tahun semalam. Moga tahun ini juga akan membuka lembaran baru dalam hidup roses. Azam tahun baru ni banyak sangat. Moga2 semuanya akan mencapai sasaran pada tahun ini. Moga rezeki pada tahun ini juga akan menjadi lebih baik. Tahun ini sasaran roses ialah posting, lesen kereta, kahwin dan kehidupan keluarga menjadi lebih baik.AMEN..

"olyne properties"