Sunday 24 February 2013

Cara Menangani Stress

Entry kali ni olyn nak bincang mengenai stress ataupun tekanan. Secara amnya, stress memang ada dimana-mana tanpa mengira peringkat umur mahupun tempat. Kadang-kadang tekanan yang keterlaluan dalam kehidupan seseorang akan membawa padah. Oleh itu, setiap individu mempunyai cara yang tersendiri untuk menguruskan stress atau tekanan masing-masing. Berikut adalah tips-tips yang saya amalkan sekiranya saya stress. He3..just enjoy with it:

1. Berfikiran positif


    Bagi mengelakkan diri memikirkan perkara yang tidak berfaedah atau membebankan perasaan dan pemikiran kebiasaannya olyn akan mula berfikir secara positif. Iaitu olyn akan selalu menganggap bahawa masalah yang datang dan menjadikan diri kita tertekan sebagai cabaran dan rencah dalam kehidupan. Bagi olyn manusia mana yang tidak ditimpa masalah dan mengalami tekanan. Perkara ini bergantung kepada diri setiap individu bagaimanakah cara untuk menangani stress masing-masing. Sebolehnya apabila menghadapi tekanan olyn akan berfikir secara positif bahawa kita di uji kerana Tuhan sayangkan kita dan Tuhan tahu kita mampu menghadapinya oleh kita diuji. Kita juga harus berfikiran positif dan memikirkan bahawa stress adalah suatu keperluan hidup untuk kita meningkatkan kualiti kehidupan.

2. Sentiasa Mengingati Tuhan 

   Mengingati Tuhan juga adalah merupakan salah satu cara untuk olyn mengatasi stress. Bagi olyn hanya Tuhan sahaja yang punya kuasa untuk menentukan takdir hidup manusia. Namun sebagai manusia kita seharusnya berusaha untuk menghadapi segala ujian yang mendatang dengan kental. Jadilah seteguh karang. Nun jauh rendah di dasar lautan namun jiwa kentalnya sekental gunung di daratan.

3. Sedia berkongsi masalah 

Bersedia berkongsi masalah dengan mana-mana individu yang kita percayai mampu mengurangkan tekanan dalam hidup. Sekurang-kurangnya bila kita telah meluahkan perasaan dan berkongsi masalah dengan orang lain perasaan kita kan menjadi lebih tenang dan lega. Biasanya olyn akan merasa lebih tenang dan mendamaikan kerana keluahan telah diluahkan sepenuhnya. Namun berhati-hati, pilih individu yang boleh dipercayai.

4. Terima kelebihan dan kekurangan diri

Kebiasaannya, kita akan tertekan atau mengalami stress bila orang lain mengungkit kekurangan kita.Namun bagi olyn apa salahnya jika kita menerima kekurangan diri dan kritikan yang diterima dijadikan sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri. Terimalah juga kelebihan itu sebagai penghargaan kepada diri sendiri. Berdasarkan cara ini sekurang-kurangnya kita tahu bahawa setiap apa yang berlaku adalah bersebab.

5.Ketawa dan berseronoklah

Jika anda mengalami stress jangan sesekali menyisihkan diri daripada rakan-rakan mahupun orang lain.Cuba lah cari sesuatu yang boleh melegakan hati. Berseronoklah dan bergelak tawalah. Sesungguhnya ketawa adalah terapi bagi meregangkan urat2, otot2 dan saraf2 kita. Ia secara tidak langsung akan memberi cas positif dalam diri kita kerana kita tidak akan merasakan tertekan. Bila saja merasakan tertekan olyn akan mencari video2 atau apa sahaja bahan yang mempunyai unsur humor.

6.Senyum

Senyum akan secara tidak langsung memberi hiasan pada raut wajah.Orang akan turut tersenyum melihat kita senyum. Ini kerana senyum adalah salah satu bentuk komunikasi tanpa suara setiap individu dengan individu yang lain. 

7.Bergaul dengan individu yang positif

Bergaul dengan individu yang positif akan menjadikan diri kita lebih bermotivasi. Ini kerana cas positif tersebut akan berpindah secara tidak langsung kepada kita.Persekitaran kita juga turut positif.

Secara keseluruhannya, inilah tips yang olyn amalkan bermula dari zaman persekolahan, zaman menjadi pelajar universiti, dan sehingga sekarang. Stakat ini, semua tips ini menjadi bagi olyn. Pembaca semua bolehlah mencuba. SELAMAT MENCUBA. 

Pesanan dari olyn: 
"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."

"KATAKAN OK PADA SETIAP PERMASALAHAN."

Tuesday 19 February 2013

Graduation Day 09 MEI 2012



MY GRADUATION DAY



Hai semua...saja je nak kongsi kisah tahun lepas..sebab entry ni tahun ni so tahun lepas olyne tak update tentang hari yang paling bermakna dalam hidup olyne tahun lepas..Setelah berjuang dan bertungkus lumus selama 4 tahun di negeri orang akhirnya segulung ijazah nyata berada di tangan.Untuk konvokesyen olyne tahun lepas antara individu yang hadir ialah my mom, my dad, my sis and my auntie serta kawan2 satu kampus yang ada disana termasuklah kesemua housemate olyne datang. Happy sangat2 time tu..Akhirnya olyne ngan best friend forever olyne si fiza sumandak sabah tu berjaya juga menamatkan pengajian dengan jayanya.Terima kasih Tuhan untuk saat itu dan selamanya. Entry kali ni olyne nak share gambar-gambar pada hari bersejarah dan sangat bermakna buat olyne , family dan kawan2..

My mom and dad-love you all

My mom and dad-love you all

Myself-he3..happy hour

My Friend-UPSI

My BFF -Fiza aka Sumandak

Sweet Moment With My Lecturer Mr. Nizammudin Alias and My BFF

Sweet Memory With My Lovely Sister



My Housemate And also My Junior- Tq all for the beautiful bear 

Time happy




K all..sampai sini je bagi entry kali ni..saja2 je nk share gambar time konvokesyen tahun lepas. Love UPSI so much. Banyak sangat pengalaman yang ditimba sepanjang berada dirantauan ..he2(aka luar negeri je bukan luar negara pun).

Tips Persediaan Dokumen Temuduga

Hari ni saya nak kongsikan serba sedikit mengenai tips persediaan dokumen yang diperlukan sebelum menghadiri temuduga dan dokumen yang perlu dibawa ke pusat temuduga.Jujurnya saya juga berdebar-debar untuk menghadiri temuduga, mendengar pelbagai kisah daripada rakan-rakan. Oleh itu, disini saya akan kongsikan serba sedikit apa yang saya buat untuk menghadapi sesi temuduga yang akan datang. Selamat berkongsi tips persediaan dokumen untuk temuduga SPP. Good luck..

1. Dokumen Asal
Dokumen asal yang perlu dibawa ke pusat temuduga ialah:

  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil Kewarganegaraan (jika berkaitan)
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Sijil SPM Asal
  • Sijil STPM Asal 
  • Ijazah Sarjana Muda Asal
  • Transkrip Ijazah Sarjana Muda Asal
  • Surat Pengiktirafan Kelayakan JPA
  • Sijil / Surat Keterangan Koko (Tingkatan 4 hingga ke universiti)
  • Dokumen-dokumen lain yang berkaitan
Kesemua dokumen hendaklah disusun seperti senarai diatas dan dimasukkan ke dalam fail yang berbentuk "CLEAR FOLDER".

2. Salinan Fotostat
  • Salinan fotostat ialah mengikut salinan asal yang telah disenaraikan dan disusun mengikut urutan
  • Kesemua salinan dokumen yang telah difotostat juga hendaklah disahkan oleh pihak-pihak yang dibenarkan seperti: Penghulu, Ketua Kampung, ketua balai, guru besar, pengetua sekolah atau pegawai kerajaan Bahagian 1 seperti pensyarahmaktab dan guru-guru berijazah.
  • Tidak perlu dibinding
  • Staple dibahagian atas sebelah kiri (satu staple sudah mencukupi)
3.Borang Maklumat Diri Calon
  • Apabila anda dipanggil untuk ditemuduga bersama anda akan dilampirkan borang maklumat diri calon.
  • Sila isi selengkapnya dan menggunakan tulis yang jelas serta kemas.
  • Pastikan semua ruang diisi selengkapnya (Borang ini hanya mengandungi 1 muka surat)

*Susunan dokumen, sijil kepujian dekan sebaiknya diletakkan selepas transkrip. Resume dikepilkan pada susunan yang terkahir.Sijil koko boleh disusun dengan meletakkan susunan bermula dari universiti sehingga tingkatan 4.

*Semoga berjaya kawan-kawan. Ni je tips yang olyne dapat kongsi dan kesemua tips ini pun diambil daripada pelbagai sumber.


03.03.2013

Menanti detik ini yang akan menyempurnakan lagi hidup ku..Hidup bersama suami tercinta, sesungguhnya aku telah bersedia memikul tanggungjawab itu, menjadi suri d hati suami, menjadi teman yang akan sentiasa ada disisi nya seumur hidup ku. Aku menyintai dia apa adanya.Hidup menjadi lebih teratur kerana aku kini mula belajar sedikit demi sedikit semenjak bergelar isteri. Walaupun kami berjauhan namun jarak bukan halangan. Kerna cinta antara kami tetap subur dihati. Percaya ...ya aku percaya padanya. Saling mempercayai satu sama lain selain jujur adalah rahsia sesuatu hubungan. Percaya juga membuat kita menjadi seorang yang bertoleransi. Jangan pernah mempercayai 100% khabar angin yang kita dengar kerana kita lebih kenal dia lebih daripada orang lain. Tuhan sesungguhnya, tika dan detik ini aku amat merindui dia. Namun demi tuntutan kerjaya ku turutkan jua. Tuhan mekarkanlah cinta dan kasih sayang kami buat selamanya.

"Miss my mr.m so much. Love you so much. Tuhan tolong jagakan dia."
"Love You"


Monday 18 February 2013

....Mengapa anda berkahwin....

Sesungguhnya perkahwinan itu adalah anugerah Tuhan. Cinta itu juga adalah anugerah, Pasangan itu juga sesungguhnya anugerah Tuhan. Terima lah dia seadanya, cintailah dia seadanya, sayangi dan jagalah dia sepenuh hati mu. Setiap perkahwinan adalah fasa baru bagi hidup kedua-dua pasangan memulakan hidup baru. Memiliki sesuatu yang halal buat diri mereka, mengeratkan serta merapatkan hubungan. Sesungguhnya bila kita memilih perkahwinan itu sebagai pilihan kita yang tepat sesungguhnya kita punya sebab mengapa kita mengahwini pasangan kita.

MENGAPA ANDA BERKAHWIN

Berkahwinlah jika itu kehendakmu namun JIKA hakikat perkahwinan adalah kerana SEKS, maka pasangan akan bertengkar sekiranya kehidupan dikamar tidur tidak memuaskan.

Berkahwinlah jika itu kehendakmu namun, JIKA hakikat perkahwinan adalah kerana HARTA, maka pasangan pasti akan berpisah sekiranya harta itu telah habis.

Berkahwinlah jika itu kehendakmu namun, JIKA hakikat perkahwinan adalah kerana KECANTIKAN, maka pasangan juga akan bakal meninggalkan antara satu sama lain kerana suatu hari nanti wajah kita akan berkedut, menjadi tua, kerepot dan tidak lagi cantik.

Maka janganlah anda berkahwin sekiranya erti perkahwinan bagi anda adalah perkahwinan keranan SEKS, HARTA dan KECANTIKAN. Sesungguhnya ketiga-tiga alasan tersebut adalah subjektif sifatnya. Manusia sesungguhnya tidaklah sesempurna mana, kerana Tuhan menciptakan manusia dengan kelebihan dan kekurangan. Berkahwinlah dengan pasangan anda kerana anda berniat menerima apa sahaja kekurangan dan kelebihannya. Ini kerana hidup kita sentiasa saling melengkapi, Tuhan juga tidak pernah menjadikan sesuatu itu tidak bersebab. Setiap apa yang berlaku juga ada hikmahnya.  Aku mencintai dan mengahwini suami ku kerana aku sedia menerima siapa dia yang sebenarnya. Kekurangan dan kelebihannya akan aku terima seadanya keranaa sesungguhnya manusia tiada yang sempurna. Tuhan jadikanlah aku isteri yang terbaik buat suamiku, jadikanlah aku suri di hati suami seadanya dan bakal ibu yang baik buat anak-anak ku. Berkatilah perkahwinan ini kerana aku mengahwini nya kerana aku menyintai dan bersedia menerima dia seadanya. Bermula dari langkah pertama aku memilih dia menjadi suami ku dan pasangan hidup ku hingga ke akhir hayat, bermula dari hari itulah aku berjanji pada diri bahawa aku sakan sentiasa ada disisi nya seumur hidupku biar susah mahupun senang. Itu janjiku, Tuhan berikanlah kekuatan kepada kami berdua untuk melayari bahtera ini sebaiknya.

"Janganlah kamu mencintai seseorang setinggi langit, kerana langit boleh runtuh. Jangan mencintai seseorang sedalam lautan kerana lautan boleh surut. Jangan mencintai seseorang sebesar dunia kerana dunia boleh hancur. Cukuplah mencintai seseorang itu sehujung kuku, walau sekecil mana, walau selalu dipotong, namun ia akan sentiasa tumbuh. Cintai takkan pernah habis kerana ia akan sentiasa ada, subur dihati."

Sunday 17 February 2013

Lirik lagu: 150 juta





Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
Apa kau buta apa kau pura-pura suka
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
Dia mungkin bengis seperti singa
Tapi dia nangis tonton cerita Korea
Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas jujur apa adanya
Aku lagi kenal dia
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
Sayang mungkin baran tak kira masa
Tapi sayang tahan kalau yang salah saya
Sayang mungkin saja keras kepala
Tapi sayang manja bila kita berdua
Saya kenal sayang saya
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua









Wednesday 6 February 2013

06/02/2013




Tuhan berkatilah hubungan ini. Terima kasih Tuhan kerana dengan kuasa MU aku kini sah bergelar seorang isteri pada lelaki yang bergelar suami. Moga kau berkatilah hubungan ini hingga ke akhir hayat kami. Tuhan jagalah, berkatilah, dan iringi perhubungan ini hingga ke akhir hayat kami. Moga segala cabaran dan dugaan yang telah kami tempuhi bakal memberikan sinar kebahagiaan dalam hidup ini. Sesungguhnya aku benar-benar menyintai dia, aku menerima dia seadanya kerana aku benar-benar ikhlas menyintai dan menyayanginya. Tuhan kau bukakanlah hati kedua orang tua kami agar mereka mampu menerima hubungan ini dengan seadanya. Sesungguhnya ku tahu mereka inginkan yang terbaik buatku. Namun aku jua tahu apa yang terbaik dalam hidupku. Biarlah sekali ini aku yang memilih jalan ini. Aku ingin kan doa dan berkat daripada mereka. Ssesungguhnya aku menyayangi suami ku dan mereka seadanya. Tuhan...kuatkanlah iman dan tabahkanlah hati kami agar dapat melalui dugaan ini dengan seadanya. Berkatilah hubungan ini hingga ke akhir hayat.06/02/2013..Terima kasih Tuhan kerana kau telah permudahkan segala urusan saat waktu aku dan dia menjadi rapuh. Namun aku percaya kau ada Tuhan, kerana melalui ENGKAU lah kami menjadi kuat dan mampu menempuhi dugaan ini. Tuhan jadikanlah aku isteri yang terbaik buat suami, anak yang terbaik buat ibu bapa dan guru yang terbaik buat anak didik ku. Terima kasih Tuhan juga kerana kau memberikan rezeki di saat aku memerlukan. Kau berikanlah cahaya dan sinar dalam perhubungan ini, moga hubungan suci ini akan kekal hingga ke akhir hayat. Berkatilah juga janji kami agar ia menjadi janji yang tersimpul mati..Amen.