Tuesday 29 January 2013

Mengapa wanita memerlukan lelaki?


Wanita ialah anugerah Tuhan yang amat berharga. Umpama tangan, mata, kaki, dan telinga yang diciptakan sepasang oleh Tuhan bagi menyempurnakan anggota badan manusia. Oleh itu, wanita memerlukan lelaki untuk melengkapkan hidupnya. Tetapi bukan sahaja wanita memerlukan lelaki, namun lelaki juga memerlukan wanita dalam hidupnya kerana cinta antara lelaki dan wanita itu adalah anugerah. 

MENGAPA WANITA PERLUKAN LELAKI DALAM HIDUPNYA?
Untuk suatu saat persoalan ini sering bermain difikiran...mengapa aq perlukan dia?

Sesunguhnya, Tuhan ciptakan adam dan hawa untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Oleh itu, cinta itu wujud bagi melengkapi hidup kedua-dua insan yang bergelar lelaki dan wanita. Cinta itu datang tanpa dipaksa, Cinta itu juga tidak datang kala diminta. Ia hadir tanpa kita minta, ia wujud tanpa kita sedari. Sesungguhnya cinta itu anugerah. Perkenalan yang berlangsung hanya sedetik cuma juga mampu menghadirkan rasa cinta. Kita juga tidak tahu siapakah yang akan menghuni hati kita. Cinta bagi setiap manusia juga didatangkan dengan cara dan jalan yang berbeza. Setiap manusia kisah cintanya juga berbeza. Oleh itu, sabar, berdoa dan redha adalah jalan yang terbaik. Ini kerana lelaki yang baik tidak semestinya datang dalam keadaan yang sempurna pada mata. Tetapi lelaki yang baik ialah lelaki yang Tuhan temukan dengan kita untuk menjaga dan menemani kita sepanjang hayat, membimbing, mendidik, berkongsi segala suka dan duka, ada saat kita perlukan, dan memberikan zuriat yang halal pada kita. Zuriat yang boleh kita banggakan pada suatu hari nanti. Lambat atau cepat Tuhan tetap akan temukan kita dengan lelaki yang berhak kerana Tuhan lebih tahu apa yang terbaik dalam hidup kita. Tuhan sering menjadikan sesuatu perkara itu berlaku dengan bersebab.

MENGAPA WANITA PERLUKAN LELAKI DALAM HIDUPNYA?
Sesungguhnya, kehadiran seorang lelaki dalam hidup seorang wanita umpama manusia kudung yang diberikan semuala kakinya. Ia menyempurnakan hidup kita. Tanpa lelaki hidup sebagai seorang wanita adalah tidak sempurna. Ini kerana setelah melalui fasa hidup sebagai bayi, kanak-kanak, remaja, gadis, wanita dan isteri, lelaki adalah pelengkap hidup kita. Akhir hidup seorang wanita ialah kita akan sempurna setelah menjadi ibu. Sesungguhnya, lelaki itu lah yang melengkapkan hidup seorang wanita. Oleh itu, wanita memerlukan lelaki kerana benih seorang lelaki kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu dan melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki juga kita ditiupkan  jiwa untuk menjadi manusia dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, seperti mana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

MENGAPA WANITA PERLUKAN LELAKI DALAM HIDUPNYA?
Kerana Tuhan menciptakan wanita dari lengkungan rusuk kiri seorang lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki dan tidak terlalu lemah sehingga tersungkur menyembah kaki. Cinta itu anugerah dan ciptaan Tuhan itu indah. Wanita terbit dari rusuk kiri lelaki, buka dekat kepala untuk dijunjung, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi TETAPI DEKAT DENGAN HATI UNTUK DIMULIA, DISAYANGI DAN DICINTAI.

MENGAPA WANITA PERLUKAN LELAKI DALAM HIDUPNYA?
Hidup ini umpama proses sains yang dikenali sebagai simbiosis,..Iaitu saling kebergantungan hidup antara dua pihak. Sesungguhnya, wanita perlukan lelaki untuk melengkapi segala kekurangan hidupnya. Begitu juga lelaki, tanpa wanita hidup lelaki tidak sempurna. Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisiran disepanjang perjalanannya. Hidup kita sering diserahkan kepada lelaki untuk dilindungi, maka kita tidak akan mahu menjadi angin semata-matanya buat selamanya.Kita mahu terus bersama-sama menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mata.Kita mahu bahagia dalam dakapannya, ketawa dan sedih bersama. Kita mahu melengkapi hidupnya dan juga hidup kita. Biarlah hidup dan mati kita bersama. 

Moga Tuhan Temukan Kita Dengan Jodoh Yang Hakiki, "Walau siapa pun dia aku redha."



No comments:

Post a Comment