Monday 29 June 2015

miss my hubby so much

baby gary 1 month

mummy n daddy hantar gary p check 1 month

love...my sweet heart n my hero...
gary n daddy

muah3...love u so much

Monday 22 June 2015

HALLO 2015

Allo all...lamanya olyne tak updated blog..banyak kekangan ..banyak kerja sbb dh busy dengan life baru..from single to taken skrg..ha2..dr berdua terus bertiga dan bakal berempat pula selepas ni...Kerjaya  sebagai guru genap 2 tahun untuk tahun ini.Baby olyne pun dh genap 1 tahun lebih..hasil perkongsian hidup bersama hubby yang suatu asa dulu pernah menjadi kawan dan kekasih..suatu masa dulu kami pernah diuji untuk berpisah..selama empat tahun berada di rantauan orang, menimba ilmu untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan segulung ijazah buat keluarga, sanak saudara dan diri. Tika itu saya pergi dengan hati yang kecewa dan membawa diri kerana memikirkan encik suami bukanlah jodoh saya dan mungkin kami tidak ditakdirkan bersama kerana hidupnya dikongsi kali pertama bersama orang lain. Tika itu saya redha, andai itu takdirnya saya terima.Belajar melupakan kenangan lalu dan berusaha menerima kenyataan bahawa takdir dan jodoh itu bukan milik saya dan dia.Dipendekkan cerita kata orang jodoh itu tidak kemana. Kalau dia jodoh kita walau kemana pun kita pergi kemana pun kita lari lambat atau cepat dia tetap menjadi hak milik kita.. Langsung tidak pernah terniat untuk mengambil hak milik orang. Ternyata aq bukan yang pertama.Kembali semuala ke tanah air aq ditemukan semula dengan si dia. Tapi dalam keadaan si dia sudah tidak berpunya. Ikatan yang dijalin bersama orang lain tidak kekal. Aq redha. Perginya aq izinkan , kembalinya aq terima. Walau ku tahu aq bukan lagi yang pertama. Ternyata hadirnya semula dalam hidup ku disalah tafsirkan. Aq dituduh sebagai perosak perhubungan. Tika itu hatiku hanya Tuhan yang tahu. Dituduh dengan pelbagai tohmahan aq redha. Hanya doa yang aq pohon dari Tuhan. Andai dia jodoh ku satukanlah kami tapi andai dia bukan jodoh ku pisahkan lh kami dan pudarkanlah rasa cinta yang ada dalam hati ku ketika itu. Ternyata takdir dan kuasa Tuhan itu melebihi segalanya. Aq dan dia disatukan walaupun tanpa majlis perkahwinan yang besar-besaran. Betul kata orang apa yang kita impikan tidak semestinya menjadi kenyataan. Pelbagai rintangan aq tempuhi. Aq menerima dia dalam hidup kerna sepanjang berbulan2 dalam doa ku tiap malam moga Tuhan bukakan pintu hati ku menunjukan jalan pada ku siapa jodoh ku sebenarnya. Ternyata encik suami hadir dalam mimpi selama berbulan-bulan.Sekali lagi aq berdoa andai benar dia jodoh ku permudahkanlah jalan kami. Maka pintu hati orang tua kami terbuka untuk merestui. Proses angkat sumpah dan menandatangani sijil pernikahan berlangsung dengan disaksikan oleh ahli keluarga dan orang tua. Maka tika itu bermulalah kehidupan kami sebagai pasangan suami isteri.
                Pelbagai pahit getir ynag aq lalui akhirnya kmi dikurniakan cahaya mata. seorang wira yang akan bakal menjadi pewaris kami dunia dan akhirat. Tarikh 03/03/2013 menjadi saksi ikatan kami terjalin dan menjadi suami isteri yang sah.Manakala 05/02/2015 menjadi saksi kami menerima cahaya mata. Kelahiran anak kedunia sangat mengharukan dan kenangan yang sangat indah. Encik suami menemani ku diwad bersalin selama berjam-jam menahan kesakitan. Lebih indah apabila encik suami menyaksikan sendiri anak nya lahir kedunia. Linangan air mata menemani kegembiraan kami. Encik suami sendiri menjadi orang pertama menyambut kelahiran anaknya kedua. Tika itu semua kesakitan hilang sekelip mata. Tiada perasaan yang lebih indah dari melihat anak sendiri lahir kedua. Terima encik suami. Love u so much hingga akhir hayat ku.

P/S:Nanti olyne sambung lgi..Cukuplah untuk update kali ini.Doakanlah jodoh kami panjang hingga ke ahkir hayat.amen