wow...tiba-tiba lapar plak hari ini. He2...tadi roses baca newpapers (Utusan Sarawak 28/11/2012) dan ternampak resepi ni pulak.Jom roses kongsikan bersama semua pembaca resepi utntuk hari ini. Selamat mencuba..ermmm...sedapnya
Bahan A
1 Paket spaghetti
1 Sudu besar minyak masak
Garam secukupnya
Bahan B
1 Bawang Besar (dihiris halus)
5 Gram halia (dihiris sederhana)
1 Tin Cendawan Bulat ( dihiris kepada 3 bahagian)
1 Paket daging lembu kisar
1 Paket bebola daging
1 Tin besar pes tomato
1 Botol sos tomato
Herba oregano secukup rasa
2 Sudu makan minyak masak
1 Ketul keju pejal
Cara-cara penyediaan Spaghetti
- Masukkan air kedalam periuk. Biarkan sehingga mendidih.
- Kemudian, masukkan satu sudu teh minyak masak dan garam.
- Letakkan spaghetti ke dalam periuk tersebut.
- Biarkan sehingga spaghetti lembut atau sehingga 5-7 minit.
- Toskan dan letak di atas mangkuk sederhana besar.
Cara-cara penyediaan sos Spaghetti
- Masukkan 2 sudu makan minyak masak ke dalam periuk. Biarkan sehingga panas.
- Kemudian, masukkan bawang besar dan halia. Tumis sehingga naik wangi.
- Letakkan bebola daging, daging lembu kisar, dan kulat bulat.Goreng sehingga masak.
- Masukkan satu tin pes tomato dan satu botol sos tomato.
- Gaulkan sehingga rata dan masak.
Selepas itu, masukkan spaghetti dan sos spaghetti. Gaul sehingga rata. Kemudian letakkan keju yang dihiris ke atas spaghetti. SEDIA DIHIDANGKAN.
-roses-
No comments:
Post a Comment